Sejak dari semalam warga SEMESTA telah terganggu dengan masalah pencemaran bau busuk.Masalah dikenalpasti berpunca dari aktiviti pertanian di kawasan perladangan berhampiran kawasan sekolah.Bau busuk tersebut telah menyebabkan gangguan kesihatan kepada kebanyakan pelajar dan guru-guru.Tindakan telah diambil oleh pihak sekolah dengan melaporkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Hospital Daerah.Hari ini sepasukan pegawai perubatan dari Hospital Daerah telah hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan kepada para pelajar kerana dibimbangi akan memudaratkan sekiranya tidak diambil langkah segera.
No comments:
Post a Comment