INFO KAUNSELING

Wednesday, November 11, 2009


KENYATAAN AKHBAR
OLEH
YBHG. PROF. DATO’ IR. DR. RADIN UMAR BIN RADIN SOHADI
KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI
KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT BAGI PEMILIHAN
KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SELARAS DENGAN PENGGREDAN BARU SPM
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MULAI SESI AKADEMIK 2010/2011

1. Sukacita dimaklumkan kaedah pengiraan merit kemasukan
pelajar ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf berdasarkan prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah
kokurikulum yang diselaraskan dengan sistem penggredan
baru keputusan SPM oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) mulai Sesi Akademik 2010/2011.

2. Kaedah Pengiraan Markah Merit Pelajar bagi kemasukan ke
IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf merangkumi
proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit
serta penyediaan susunan merit.

3. Mulai Tahun 2010 bagi calon Lepasan SPM 2009, KPM akan
melaksanakan sistem penggredan baru bagi Sijil
Peperiksaan Malaysia. Penggredan baru tersebut
mewujudkan peringkat kelulusan A+ .

4. Sehubungan itu, KPT juga akan melaksanakan kaedah
pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil

5. Kaedah pengiraan markah merit yang dilaksanakan ini juga
mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian
dengan memastikan bahawa pelajar yang dahulunya
mendapat gred 6C (Kepujian) tidak diturun taraf ke gred
yang lebih rendah serta mengelakkan perubahan besar
dalam syarat khas program pengajian yang perlu mendapat
kelulusan Senat IPTA.

6. Justeru itu, pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat
am universiti , syarat khas program pengajian serta
pemilihan calon bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 dilaksanakan
secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia
ada bagi calon Lepasan SPM Tahun 2008 dan
sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon Lepasan
SPM Tahun 2009 (Semasa). Kaedah ini bertujuan memberi
peluang kepada pelajar bukan tahun semasa
mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara
adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan
ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.

7. Pengiraan markah merit calon yang merangkumi proses
penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta
penyediaan susunan merit adalah seperti di Lampiran 1.

8. KPT bersetuju untuk mengadakan road show taklimat
kepada Guru Bimbingan & Kaunseling mengenai
perubahan kaedah pengiraan markah merit dengan
mengguna pakai sistem penggredan baru SPM 2009 bagi
proses pemilihan kemasukan ke IPTA Sesi Akademik
2010/2011.

9. KPT juga akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah
pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan
brosur ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah. Maklumat
ini juga akan disebarluaskan melalui laman web KPT, KPM,

Laman Web rasmi Kemasukan Ke IPTA

10. Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini juga
akan disebarluaskan melalui Karnival Pengajian Tinggi
Negara 2010 anjuran KPT dengan kerjasama KPM mulai
minggu pertama Januari hingga akhir Mac 2010 di 10 zon
terpilih seluruh negara.

11. Pelaksanaan dasar baru kaedah pengiraan markah merit
Lepasan SPM adalah selaras dengan sistem penggredan
baru oleh KPM akan disebarluaskan kepada kumpulan
sasaran seperti pelajar, ibu bapa, guru, masyarakat dan
stake holder KPT serta diberi keutamaan bagi memastikan
maklumat yang tepat dan terkini disampaikan kepada
kumpulan sasaran.

No comments:

Post a Comment