Bismillahir Rahmanir Rahim,
Terima kasih kepada Saudara/ Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berusaha Encik Aminudin b. Arshad, Pengetua,SMK Seri Setia,
Yang Berusaha
Tn Hj Mohd Yusof b. Mohd Shariee,Pen.Kanan Pentadbiran ,
Puan Zabidah bt. Omar, Pen.Kanan Hem,
Encik Alias b. Mat, Pen.Kanan Koko ,
Barisan Guru Kanan MP,Guru-guru Cemerlang,Guru-guru,Kaki tangan sokongan dan pelajar2 yang di kasihi sekalian
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ,Salam Sejahtera & Salam 1malaysia
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, izin dan kurnia-Nya, saya telah diberi peluang untuk bersama-sama dalam majlis yang sangat ber erti dan penuh bermakna pada hari ini.
Sebagaimana yang sedia maklum, hari ini adalah hari terakhir perkhidmatan saya di SMK Seri Setia. Mulai 1 Ogos ini, saya akan meneruskan perkhidmatan saya sebagai penjawat Awam di SMK. Seri Perak.
Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan namun kita tidak dapat mengelak ketentuan Tuhan. Apabila mengenang kembali saat-saat saya berada di SEMESTA, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
‘Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose’.
Saya mula berkhidmat di sini pada 1 Julai 2001 dan sehingga hari ini genap 10 tahun 1 bulan tempoh perkhidmatan saya di SEMESTA.Banyak Kenangan dan pengalaman yang telah saya perolehi di sini sejak dari mula saya membangunkan Unit dan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, Alhamdulillah sepanjang 10 tahun 1 bulan ini saya rasa bersyukur kerana perkhidmatan Unitt Bimbingan dan Kaunseling telah di terima dengan baik oleh warga SEMESTA. Selain daripada itu saya juga bersyukur kerana berkat usaha sepanjang menjalankan tugas dan menguruskan Unit B&K di sekolah ini,saya telah mendapat beberapa pengiktirafan peribadi, baik di peringkat sekolah,daerah dan negeri ……….namun begitu, bila ada manis,tentu ada pahit,tapi yang pahit itu biarlah menjadi ubat bagi saya mematangkan diri.
Guru-guru dan para pelajar sekelian,
Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur majlis ini.
Ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir atas tunjuk ajar dan kerjasama terutama Tuan Pengetua/Pen.kanan Petadbiran/Pen.Kanan Hem/Pen.Kanan Ko dan guru2 kanan bidang.
Tidak lupa juga Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada rakan2 guru dan semua kakitangan sokongan yang lama dan baru, serta semua kakitangan swasta dan para pelajar yang telah banyak memberikan kerjasama kepada saya dalam melaksanakan tugas dan mengendalikan program2 unit B&K.
Kepada para pelajar selamat maju jaya saya ucapkan dalam apa jua bidang yang anda ceburi, bagi pelajar2 yang akan mengambil PMR DAN SPM ,semoga kalian akan berusaha gigih mencapai kejayaan dan seterusnya membantu melonjakkan nama SEMESTA.
Memetik mutiara kata Dr.Hamka cendikiawan terulung :
“jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas,
Kadang-kadang seseorang yang otak tumpul tetapi tidak putus asa lebih maju
daripada seseorang yang cerdas tetapi pemalas”
Selain daripada itu, Jika sekiranya pelajar-pelajar ada pertanyaan dan masalah dlm urusan permohonan ke IPTA / ILVK dan sebagainya,boleh lah berhubung dengan saya pada bila-bila masa melalui telefon,fb dan blog.Insyaalah saya akan bantu apa yang mampu.
Guru-guru dan para pelajar sekelian, tak lengkap ucapan saya jika saya tidak berpantun,terimlah 2 rangkap pantun dari saya,
Ahli Fiqih berkerut dahi
Bila berbincang isu Nasrani
Apa yang lebih, takdir Ilahi
Apa yang kurang, kelemahan Diri.
Hanya jauhari mengenal manikam
Manikam disepuh di waktu pagi
Kurang salah mohon bersalam
Harap diampun Rabbul ‘Izzati.
Dan akhirnya sebagai manusia biasa,tentunya saya tidak lari dari membuat kesilapan sepanjang saya bersama warga SEMESTA.
Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada semua warga SMK Seri Setia,sekiranya ada silap dan salah dan Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi.
“Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say goodbye”..
Sekian wabiillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
.
No comments:
Post a Comment